Polisi Privasi

Ezaki Glico Co., Ltd. akan (i) menggunakan maklumat peribadi yang anda telah berikan melalui halaman “Hubungi kami” ini hanya untuk menjawab pertanyaan atau pendapat anda (termasuk, tanpa batas, penyiasatan yang diperlukan), dan (ii) berkongsi maklumat peribadi dengan subsidiari kami, yang mungkin terletak di luar negara untuk tujuan yang dinyatakan di (i).

Kami akan menggunakan tindakan fizikal, elektronik dan bertatacara yang berasas untuk menjaga maklumat peribadi dengan selamat di dalam organisasi kami daripada kehilangan, pencurian, dan penggunaan tanpa izin, pendedahan, atau pengubahsuaian. Apabila maklumat peribadi dikendalikan oleh pihak ketiga bagi pihak kami, kami juga mengenakan kewajipan berkontrak terhadap pihak-pihak berkenaan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan maklumat tersebut.

Walau bagaimanapun, di samping kami mengambil tindakan yang berasas (seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan) untuk melindungi integriti maklumat tersebut, ia adalah kewajipan anda untuk menjaga (dan mengambil tindakan yang berasas untuk menjaga) kerahsiaan dan juga menjaga nama pengguna dan/atau kata laluan yang dikeluarkan oleh atau berkaitan dengan halaman web kami, dan untuk memberitahu kami dengan segera jika terdapat kemungkinan pencerobohan (termasuk akses kepada maklumat peribadi anda tanpa kebenaran melalui halaman-halaman web kami). Kami tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan, akses tanpa kebenaran atau pengubahsuaian, atau penyalahgunaan yang berlaku disebabkan kurang pematuhan di pihak anda.

Kami akan memeriksa secara berkala maklumat peribadi yang dikendalikan oleh kami untuk memastikan maklumat adalah tepat dan terbaru. Kami juga akan menyimpan maklumat peribadi anda selama yang perlu sahaja (bergantung kepada polisi dalaman berkenaan penyimpanan maklumat, atau peraturan dan undang-undang yang berkenaan) dan akan menggunakan usaha yang berasas untuk menghapuskannya dengan segera apabila ia tidak diperlukan.

Tags #